KEM MOTIVASI

Program Cuti Sekolah 2015 – KEM SMART 3A


PROGRAM CUTI SEKOLAH 2015 – VISION CONSULTANT (KEM SMART 3A) kembali lagi!! Jom hantarkan anak-anak anda untuk mengikuti pengalaman yang paling bermakna semasa cuti sekolah ini.

KEM SMART 3 A – AKHLAK, AKIDAH, AKADEMIK

2015




Kami berpengalaman luas dalam mengendalikan kursus motivasi khususnya pada cuti sekolah. Dengan ini kami ingin menjemput tuan/puan untuk menghantar anak-anak kepada kami dalam mengisi cuti sekolah mereka. Semangat dan keyakinan yang tinggi kami taruhkan untuk mendidik anak-anak tuan/puan.


PENDAFTARAN ADALAH TERHAD. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!! BIARLAH ANAK-ANAK TUAN PUAN MENDAPAT PENGISIAN YANG BERGUNA SEMASA CUTI SEKOLAH NANTI. Antara Pengisian yang akan dijalankan:

ANTARA PENGISIAN MENARIK
IMG-20140923-WA0024
SLOT KEIBUBAPAAN
Perkongsian kepada para ibu bapa tentang isu pengorbanan, hadith Rasulullah SAW berkenaan pendidikan anak-anak, psikologi anak lelaki dan anak perempuan, bagaimana membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka dan sebagainya.

DSC03905_800x600
SMART SOLAT, SOLAT DHUHA
Slot berkongsi tentang kebaikan solat dari segi Sains bermula dari berwudu’ hingga ke akhir solat. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk membuktikan bahawa ibadah solat akan membawa kebaikan kepada pelakunya. Walaupun Solat itu dikerjakan dengan niat kerana Allah Taala, tetapi kebaikan solat akan kembali kepada sesiapa yang melakukannya.

TERAPI MINDA

Slot terapi minda untuk membantu para peserta supaya lebih tenang dalam kehidupan,mengurangkan stress, memberi ketenangan minda dan sebagainya
Saranan yang positif adalah paling baik diberikan kepada minda separuh sedar *sub conscious mind”. Oleh sebab itu, para peserta perlu pandai memberi saranan yang positif kepada minda separuh sedar ini sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain

Untuk ibu bapa, mereka boleh mempraktikkan teknik ini untuk diri sendiri dan juga boleh mempraktikkan untuk membuat saranan kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka menjadi anak soleh, menjaga akhlak, rajin berusaha dan belajar, dan lain-lain lagi.

TERAPI SENI – (TERAPI EMOSI)

Terapi seni adalah suatu kaedah terapi terkini yang menggunakan lukisan seni sebagai wadah untuk membantu para peserta dalam ekspressi kehidupan mereka. Sangat bermanfaat untuk membantu para pelajar dalam menghadapi masalah mereka.

TERAPI SENI

TERAPI SENI





  
terapi seni












ATURCARA KEM SMART 3A (Akidah, Akhlak, Akademik)
Hari pertama
08.30 – 9.30 pg     Pendaftaran pelajar / taklimat
9.30 – 10.00 pg    Solat Dhuha bersama ibu bapa
10.00 – 12.30 pg  Marilah berkasih sayang / Ice Breaking
12.30 – 2.00 tgh    Makan tengahari, Solat Zohor
2.00 – 4.30 ptg      Team power
04.30 – 05.00 ptg    Solat Asar
05.00 – 06.30 ptg    Malaysia Cergas
06.30 – 07.15 ptg    Makan /Tadbir Diri
07.15 – 09.00 mlm   Solat Maghrib, “Smart Solat” dan Solat Isya’
09.00 – 10.30 mlm  Positive Thinking
10.30 – 11.00 mlm  Minum Malam
11.00 – 12.00 mlm  Fire Ball
12.00 mlm               Sweet Dream
Hari kedua
05.00 – 05.30 pagi    Bangun Dan Tadbir Diri
05.00 – 07.00 pagi    Qiamullail, Solat Subuh Dan Al-mathurat
07.00 – 08.00 pagi    Malaysia Cergas
8.00 – 8.30 pagi        Sarapan pagi
08.30 – 10.30 pagi    Outdoor & Flying Fox
10.30 – 11.00 pagi    Minum pagi
11.00 – 12.30 ptg      Sambungan “outdoor”
12.30 – 02.00 ptg     Makan Tengahari , Solat Zohor
02.00 – 04.30 ptg     Super Chef
04.30 – 05.15 ptg     “Sollu!!!!!!”
05.15 – 06.30 ptg      Riadah
06.30 – 07.15 mlm    Emmm sedapnya….
07.15 – 09.00 mlm    Solat, Bacaan Yaasin, & Solat Isyak
09.00 – 10.30 mlm    Terapi emosi
10.30 – 11.00 mlm    Minum Malam
11.00 – 12.30 mlm    Terapi Minda
12.30 malam             Sentuhan embun
Hari Ketiga
05.00 – 05.30 pagi     Bangun Dan Tadbir Diri
05.30 – 07.00 pagi     Solat Dan Kuliah
07.00 – 08.00 pagi     Malaysia Cergas
08.00 – 08.30 pagi     Sarapan pagi
08.30 – 10.00 pagi     Teknik Ingatan Kreatif
10.00 – 10.30 pagi      Minum pagi
10.30 – 12.30 t/hari    Keibubapaan Cemerlang, penutup
12.30  tengahari          Majlis Bersurai

Barang-Barang Keperluan Semasa Kursus

  1. Pakaian biasa untuk aktiviti di dalam dewan
  2. Pakaian aktiviti luar (outdoor).
  3. Pakaian solat seperti telekung, kain pelekat, baju melayu, kopiah/songkok,
  4. Peralatan mandi seperti ubat gigi, berus gigi, syampoo, sabun mandi. (gayung atau baldi tidak perlu dibawa)
  5. Kasut sukan dan selipar.
  6. Ubat-ubatan peribadi seperti ubat sakit semput, ubat gatal, ubat mengelakkan nyamuk dsb. Lingkaran nyamuk tidak dibenarkan sama sekali.
  7. Lampu picit.( lilin tidak dibenarkan sama sekali)
  8. Alat tulis seperti pen, pensel, alatan mewarna dsb. (walaubagaimanapun, kami memang menyediakan alatan tulis, cuma untuk tambahan para peserta sendiri mengikut kreativiti dan keselesaan mereka)
Barang-Barang Yang Dilarang Dibawa Ke Dalam Kem
1. Peralatan yang tajam seperti pisau dsb
2. Duit dalam kuantiti yang banyak
3. Telefon tangan (handphone) atau alat-alat telekomunikasi yang lain. Jika ada keperluan menelefon ibu dan ayah/penjaga, boleh menggunakan telefon fasilitator.
4. Barang-barang kemas dan barang berharga yang lain.
5. Rokok
6. Komputer riba dan alat elektronik seperti ipad, psp dan sebagainya
7. seluar Jeans
*Segala peraturan yang telah ditetapkan ini adalah demi keselamatan para peserta dan keselamatan barang-barang tersebut. Jika berlaku sebarang kehilangan atau kecurian barang,pihak kami tidak akan bertanggungjawab.Sekian terima kasih.

NOTA UNTUK PESERTA PEREMPUAN

1. WAJIB MENUTUP AURAT DAN BERTUDUNG

No comments:

Post a Comment